Wednesday, 9 October 2013

getah pemadam.....





Getah Pemadam
Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam  tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan.





  

lengkung perancis


Lengkung Perancis

Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan                 jangka lukis.


Pensel

Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal 
(isian ), Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini                         kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan                 menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras,                               sederhana dan lembut. 

jangkalukis


Jangkalukis

Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisankejuruteraan. Terdapat tiga                 jenis jangka lukis yang biasa digunakan.

i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )



Skala/Pengukur

Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakansebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis.
                                                 

kertas lukisan


Kertas lukisan.

Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukismenggunakan                   pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi                     kertaslukisan ialah seperti berikut:

A. 8.5” x 11”               A. 9” x 12”
B. 11” x 17”                B. 12” x 15”
C. 17” x 22”                C. 18” x 24”
D. 22” x 34”                D. 24” x 36”
E. 34” x 44”                E. 36” x 48”

Sesiku T

Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong.


papan lukisan



Papan Lukisan

Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan. 



Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan klip.